Kompaun Saman 'The More You Delay', 'The More You Pay'

Pihak Kerajaan telah menyeragam dan menyelaras sistem pembayaran saman oleh PDRM, JPJ dan DBKL berdasarkan prinsip 'The More You Delay', 'The More You Pay'. Mekanisme penyeragaman kompaun ini adalah seperti berikut dan berkuatkuasa mulai 1 Mac 2011.

Mungkin ramai yang masih tidak mengetahuinya. Mari lihat kadar kompaun yang telah ditetapkan.

EPL: Liverpool Menjinakkan Wolves 3-0

 Liverpool mencatat kemenangan pertama tahun 2012 dengan memenangi 3-0 ke atas Wolverhampton Wanderers di Molineux pada malam Selasa.

Selepas separuh masa pertama, Andy Carroll membuka jaringan pada 52 minit hasil hantaran Charlie Adam.

Craig Bellamy menggandakan pendahuluan The Reds dengan menewaskan pertahanan Wolves. 2-0

Akhir sekali Dirk Kuyt memastikan kemenangan dengan menyumbat masuk gol peribadinya yang ke-50 untuk Liverpool apabila dia melepaskan sepakan dari sudut yang sukar berikutan serangan counter attack.

1.5 Juta Lulusan Kemahiran Diperlukan Akan Datang

Jangan risau untuk mereka yang berada di lapangan kemahiran. Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia akan melakukan kajian untuk rakyat dalam jurusan kemahiran. Menteri Sumber Manusia turut mengulas perihal ini.

“Kementerian memandang serius perkara ini kerana industri negara amat memerlukan kemahiran mereka terutama menjelang tahun 2020 akan datang, sekurang-kurangnya 1.5juta tenaga kemahiran akan diperlukan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Soal Jawab bersama Penyedia Latihan Awam dan Swasta di Auditorium Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia, Bukit Kiara.

Menurut Subramaniam, kementeriannya juga mencadangkan untuk mewujudkan sebuah universiti kemahiran bagi membolehkan pelajar SKM melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dan sarjana muda.

Dengan perubahan ini, pelajar SKM memperolehi peluang yang lebih luas dalam kerjaya.

Gunakan Pengangkutan Awam LONDON 2012

UNITED KINGDOM 31 Jan - Pihak penganjur LONDON 2012 telah memberi nasihat kepada pengunjung temasya bertaraf dunia itu supaya menggunakan pengangkutan awam yang disediakan. Ini adalah tindakan mengelakkan kesesakan lalu lintas yang lebih teruk. Dalam suasana biasa, keadaan lalu lintas di bandar London tersedia sesak terutamanya pada waktu puncak.

UITM: Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS) 2012

Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS) yang diperkenalkan sejak tahun 2003 ialah program kerjasama antara Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan. Pada awalnya KAKS merupakan program yang distruktur serupa dengan program Skim Usahawan Siswazah (SUS). SUS merupakan program yang ditawarkan oleh Institut Keushawanan Negara bermula pada 1998 kepada graduan yang berminat menceburi bidang perniagaan. Kini, program KAKS diteruskan dengan modulnya tersendiri untuk memberi pendedahan awal kepada mahasiswa yang berminat untuk menjadikan keusahawanan sebagai satu kerjaya pilihan.

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun fail di bawah :

Semakan Penempatan Program Pensiswazahan Guru Ambilan Februari 2012 bagi PPPLD

Semakan Penempatan Program Pensiswazahan Guru Ambilan Februari 2012 bagi PPPLD juga boleh dibuat melalui laman web http://apps.moe.gov.my/kdp/PPG_2012/PPGTAWAR/

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Bahagian Pendidikan Guru di talian
03-8884 1269/1270/1272/1271/1053

Semakan Peperiksaan/Pemeriksaan Fizikal,Pancaindera dan Kecergasan Penguasa Kastam Gred WK1-1

Semakan Peperiksaan/Pemeriksaan Fizikal,Pancaindera dan Kecergasan Penguasa Kastam Gred WK1-1 kini dapat disemak melalui Laman Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Semak sekarang di http://semakpe.spa.gov.my/go-home.php?ob=TAY&ac=01000

Semakan Penjadualan Temu Duga Penolong Penguasa Kastam Gred WK3-1 (Jabatan Kastam Malaysia)

Semakan Penjadualan Temu Duga Penolong Penguasa Kastam Gred WK3-1 (Jabatan Kastam Malaysia) kini boleh disemak melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat http://domino.spa.gov.my/online/jadual_temuduga_pg.php

[ Tarikh Temu Duga: 14 Februari 2012 - 24 Februari 2012 ]

Semakan Penjadualan Temu Duga Pegawai Bomba Gred KB4-1 (Jabatan Bomba Malaysia)

Semakan Penjadualan Temu Duga Pegawai Bomba Gred KB4-1 (Jabatan Bomba Malaysia) kini boleh disemak melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat http://domino.spa.gov.my/online/jadual_temuduga_pk.php
[ Tarikh Temu Duga: 19 Februari 2012 - 24 Februari 2012 ]

Bagi anda yang masih belum menyemak, pastikan anda membuat penyemakan seterusnya bersiap sedia untuk temuduga tersebut.

ImranIrsyad mengucapkan selamat maju jaya.