~ Akan Datang : Icon Blog

Untuk slot akan datang, saya akan menyiapkan tutorial bagaimana untuk meletakkan icon untuk blog anda. Sample:


~ Tutorial Nuffnang : Bagaimana Bermula Untuk Blogger

Apakah itu Nuffnang?
Secara ringkasnya, Nuffnang.com merupakan peneraju komuniti pengiklanan blog yang pertama di rantau Asia-Pasifik. Pelantar dalam talian kami membolehkan pihak pengiklan untuk menyiarkan iklan berasaskan grafik mahu pun video ke dalam lebih 100,000 blog pelbagai jenis pelantar. Nuffnang.com kini mempunyai cawangan pejabat dalam 4 buah negara; Singapura, Malaysia, Filipina dan Australia.

Mengapa Nuffnang?
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, Nuffnang serba sedikit dapat memberikan pulangan kepada para blogger. Sambil blogging anda menjana sedikit pendapatan. Fungsinya sama juga dengan Google Adsense, namun Nuffnang tidaklah terlalu sukar untuk didaftarkan. Malah Nuffnang berada di Malaysia, maka urusan kewangan lebih mudah. Cubalah.

Bagaimana ingin bermula?
Mudah sahaja, klik/taip www.nuffnang.com.my. Paparan di bawah akan anda lihat.

Sekiranya anda tidak mempunyai akaun Nuffnang, inilah masanya. Tekan Butang Daftar, seterusnya tekan Sign Up As Blogger. Sila lengkapkan borang yang disediakan oleh pihak Nuffnang. Isikan ruangan yang diwajibkan.

Setelah selesai mengisi borang tersebut, tamatkan proses pendaftaran tersebut. Anda mungkin perlu mengaktifkan akaun anda daripada emel yang telah anda daftarkan. Pastikan anda ingat emel serta password yang berkaitan.


Akaun telah diaktifkan? Ya, anda sudah boleh meneruskan langkah yang seterusnya. Sila login ke akaun anda. Apabila anda login, akan keluar dashboard/control panel.

Tiba masanya untuk mendaftar blog anda, tekan Blog Manager anda sekarang. Masukkan butiran yang dikehendaki. Borang survey akan dipaparkan, sila isi borang tersebut sebaik mungkin.


Setelah mendaftarkan blog anda. Tekan Add Ads.

Berkaitan ads yang disediakan oleh Nuffnang, terdapat 3 jenis saiz. Pertama, HEADER (728x90), keduanya SKYSCRAPPER (160x300) - sisi tepi dan ketiga Large Rectangle (336 x 280) - antara petikan. Untuk memasukkan Header & Skyscrapper ke dalam blog bukanlah suatu yang agak susah berbanding antara petikan. Dalam tutorial ini, kita akan fokus kepada iklan antara petikan.
-----
Seterusnya, (new tab/new window) sila buka dashboard blog anda. Pilih blog yang anda ingin letakkan iklan Nuffnang tersebut. Kenalpasti tempat yang ingin anda letakkan, sekiranya di atas maka di atas, jika tepi tentukan kiri ataupun kanan.

Apabila anda menekan Add Gadjet, pilih HTML/Javascript (seperti di bawah)

Masukkan koding yang diberikan oleh Nuffnang dalam page Add Ads tadi. Anda boleh meletakkan Title jika mahu. Kosongkan jika mahu. Selain itu, jika anda ingin meletakkannya dalam keadaan (align) center, masukkan koding center seperti di bawah:

Tekan Save setelah anda telah selesai memasukkan koding tersebut. Anda boleh View Blog untuk melihat hasilnya. Peringatan, jangan risau sekiranya banner tidak keluar tapi ada logo Nuffnang sahaja yang keluar. Sekiranya begitu, anda berjaya melakukannya. Jangan risau.
-------

Bagaimana untuk memasukkan iklan Nuffnang antara petikan?
Lihat contoh di blog ini. Terdapat iklan di bawah petikan pos. Cuba tekan tajuk untuk melihat pos tersebut sahaja. Hasilnya paparan iklan Nuffnang ada lagi di bawah petikan.

Kembali ke panel blogger anda. Sekarang, tekan Design > Edit HTML . Rujuk paparan di bawah jika anda tidak pasti.

Apa yang anda perlu lakukan dahulu adalah memastikan Expand Widget Templates dalam keadaan tick, seperti di bawah.
Setelah page anda diupdate secara automatik, sila tekan di keyboard anda serentak Ctrl+F. Ini untuk pencarian tempat untuk anda letakkan koding Nuffnang. Telah keluar kotak Find di Mozilla anda? Sekarang taip footer-line-3. Tekan Enter.

Paparan seperti di bawah akan keluar di hadapan anda.

Anda lihat highlight biru yang terdapat dalam gambar di atas. Itu adalah koding untuk large rectangular (ambil dari add ads di Nuffnang tadi). Copy dan Paste seperti kedudukan yang telah ditunjuk di atas. Anda boleh memasukkan koding center jika mahu. Akhir sekali tekan Save Template. Selesai dan View Blog untuk melihat hasilnya.
-------
Begitulah caranya untuk pengiklanan Nuffnang di blog anda secara ringkas. Moga kita sama-sama mendapat manfaat daripada tutorial ini. Insya-Allah akan ada lagi tutorial menyusul berkaitan pelbagai perkara.

Selepas anda membaca artikel ini, silalah kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain dengan menekan butang Facebook kecil di bawah ini. Anda juga boleh cuba menekan iklan-iklan Nuffnang yang terdapat dalam blog ini.

Sekian.

~ Maharaja Lawak: Minggu 2











--6









sumber: GuaTV.com

~ Telur Palsu Tiruan & Telur Asli

Kita digemparkan dengan kes telur tiruan yang dijual di Pulau Pinang minggu ini. Kini masyarakat perlu berhati-hati sekiranya membeli telur atau memakannya. Dimaklumkan sekiranya kita memakan telur tersebut, kesan sampingan akan terjadi pada badan kita. Oleh yang demikian, berhati-hati mulai sekarang.



Maklumkan pada rakan-rakan lain. Share link ini di Facebook anda.

~ Misbun-Chong Wei ibarat 'irama dan lagu'


Lagu: Getaran Jiwa | Penyanyi: P. Ramlee

Sumber: Berita Harian

PADA pengamatan Datuk Mazlan Ahmad, gandingan Lee Chong Wei dan mentornya, Datuk Misbun Sidek ibarat 'lagu dan irama yang tak dapat dipisahkan'.

Semalam, Penasihat Sukan Kementerian Pelajaran itu menyuarakan formula terbaik untuk meleraikan isu badminton itu adalah melantik Misbun selaku penasihat kepada pemain nombor satu dunia itu walaupun sebelum ini anak didiknya itu seperti tidak memerlukan sentuhan emasnya lagi.

“Jika Chong Wei kian selesa dengan Tey Seu Bock, mereka boleh teruskan tetapi sentuhan emas Misbun juga tidak boleh diketepikan begitu saja dalam memastikan misi penting di Sukan Olimpik 2012 mencapai sasaran.

“Pilihan terbaik adalah melantik Misbun sebagai penasihat dan saya yakin ia bukan masalah kerana mereka pernah bekerjasama sebelum ini hingga Chong Wei berjaya hari ini,” katanya semalam.

Mazlan berkata, pada masa sama Misbun perlu diberi tanggungjawab mencari pengganti Chong Wei, tetapi dengan syarat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) harus memberi kebebasan dan kepercayaan kepada jurulatih itu memilih pemain pelapis bimbingannya.

“Ini penting kerana hanya ‘jauhari yang mengenal manikam’ dan BAM hanya perlu menetapkan indeks prestasi utama (KPI) kepada Misbun memastikan pemain pelapis bimbingan menyerlah dalam tempoh ditetapkan.

“Lagipun, ini adalah masa terbaik menggunakan kepakaran Misbun membimbing pemain pelapis kerana orang ramai dan peminat sering bertanya, siapa pengganti selepas Chong Wei,” kata bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara itu.
Mazlan juga menyenaraikan satu lagi pilihan dengan BAM membenarkan Chong Wei kembali menjalani latihan bersama Misbun dan menjadi rakan sparring kepada pemain pelapis bimbingannya.

“Jika saya diberi pilihan, saya akan memilih pilihan ini kerana ini akan membantu mempercepatkan proses kematangan pemain pelapis kerana mereka berpeluang sparring dengan pemain nombor satu dunia.

“Apapun, BAM kena membuat keputusan terbaik demi kepentingan negara dan jangan sesekali membuat keputusan dipengaruhi emosi,” katanya.

~ Kenali iPad 2 Anda


Saiz
9.50" x 7.31" x 0.34"

Model:
Terdapat dua jenis iPad 2 yang berbeza spesifikasinya.
(1) Wi-Fi (2) Wi-Fi + 3G

Storage:
16GB | 32GB | 64GB

Display/Paparan:
* 9.7-inch (diagonal) LED-backlit glossy widescreen Multi-Touch display with IPS technology
* 1024-by-768-pixel resolution at 132 pixels per inch (ppi)
* Fingerprint-resistant oleophobic coating
* Support for display of multiple languages and characters simultaneously

Chip/Cip:
1GHz dual-core Apple A5 custom-designed, high-performance, low-power system-on-a-chip

Camera, Photo & Video Recording
* Back camera: Video recording, HD (720p) up to 30 frames per second with audio; still camera with 5x digital zoom
* Front camera: Video recording, VGA up to 30 frames per second with audio; VGA-quality still camera
* Tap to control exposure for video or stills
* Photo and video geotagging over Wi-Fi

Audio Playback
# Frequency response: 20Hz to 20,000Hz
# Audio formats supported: HE-AAC (V1 and V2), AAC (8 to 320 Kbps), Protected AAC (from iTunes Store), MP3 (8 to 320 Kbps), MP3 VBR, Audible (formats 2, 3, and 4, Audible Enhanced Audio, AAX, and AAX+), Apple Lossless, AIFF, and WAV
# User-configurable maximum volume limit
# Dolby Digital 5.1 surround sound pass-through with Apple Digital AV Adapter (sold separately

TV & Video
* Video mirroring and video out support: Up to 1080p with Apple Digital AV Adapter or Apple VGA Adapter (cables sold separately)
* Video out support at 576p and 480p with Apple Component AV Cable; 576i and 480i with Apple Composite AV Cable
* Video formats supported: H.264 video up to 720p, 30 frames per second, Main Profile level 3.1 with AAC-LC audio up to 160 Kbps, 48kHz, stereo audio in .m4v, .mp4, and .mov file formats; MPEG-4 video, up to 2.5 Mbps, 640 by 480 pixels, 30 frames per second, Simple Profile with AAC-LC audio up to 160 Kbps per channel, 48kHz, stereo audio in .m4v, .mp4, and .mov file formats; Motion JPEG (M-JPEG) up to 35 Mbps, 1280 by 720 pixels, 30 frames per second, audio in ulaw, PCM stereo audio in .avi file format

Mail Attachment Support
Viewable document types: .jpg, .tiff, .gif (images); .doc and .docx (Microsoft Word); .htm and .html (web pages); .key (Keynote); .numbers (Numbers); .pages (Pages); .pdf (Preview and Adobe Acrobat); .ppt and .pptx (Microsoft PowerPoint); .txt (text); .rtf (rich text format); .vcf (contact information); .xls and .xlsx (Microsoft Excel)

Rujukan: http://bit.ly/9YMMmU

~ Champion League Quater-Finals 1st Leg



Keputusan Penuh:

Real Madrid 4 - 0 Tottenham Hotspur
Adebayor 4' , 57'
Di María 72'
Cristiano Ronaldo 87'


Internazionale 2 - 5 Schalke

(2) Stanković 1', Milito 34'
(5) Matip 17', Edu 40' , 75', Raúl González 53', Ranocchia 57' (o.g.)

~ Statistik Alexa Pertama Buat Blog Ini



Tanpa sedar hari ini alexa telah mengeluarkan statistiknya di blog ini. Melihat pada angka menunjukkan perjuangan masih jauh. Apa pun, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menyokong usaha untuk maju ke hadapan.

Ilmu masih cetek, luas lautan ilmu ingin dikejar. Moga kita bertemu di tangga kejayaan. Insya-Allah

~ Fenomena Bundle | Baju Bundle | Seluar dsb.

Ramai sedia maklum yang perniagaan bundle semakin berkembang pesat. Tergerak hati untuk menulis artikel berkaitan perihal bundle. Bila agaknya saya mengenali bundle? Seingatlah, bundle ni saya kenal sewaktu sekolah menengah, ketika itu di SMKA Bandar Penawar, Kota Tinggi, JOHOR.

Mungkin ramai yang mengenali satu kedai bundle tepi jalan nak ke Desaru,,,time tu memang tengah top tempat tu,,,rasanya keluar Majalah 3...memang banyak barang 2nd, 3rd, 4th dan ntah ke berapa HAND...orang-orang di Johor sana mungkin dekat dengan kedai itu...Tapi jangan risau yang lain-lain sebab kedai bundle ada di merata tempat kini...

Sehaluan dengan artikel ini, baru dapat tahu ada member yang buat bundle,,good start,,baru nak berjinak-jinak berniaga...why not kita menyokong,,,jom tengok blog BUNDLE yang dalam perhatian...



http://longgokbundle.blogspot.com/

Mana pasukan F1 Malaysia? Realiti?


Sumber: Berita Harian

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali: “Mengapa kita tidak cuba gabungkan ketiga-tiga pasukan ini untuk membentuk sebuah pasukan tempatan yang mantap dan berkualiti.”

Sudah tiba masanya tiga pasukan berbeza yang ada kaitan dengan syarikat negara ini bergabung - Razlan

DENGAN tiga pasukan ada kaitan dengan negara ini dan jumlah pelaburan penajaan mencecah jutaan ringgit, tidak mustahil Malaysia melahirkan sebuah pasukan yang kompetitif dalam perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1).

Bunyinya seperti impian kosong dan angan-angan tetapi terlebih dulu, pihak berbeza pendapat harus berani mengetepikan perbezaan masing-masing dan bersatu demi kepentingan negara.

Itu pendapat diluahkan Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali yang membayangkan kenya-taannya itu bukanlah sesuatu yang mustahil kerana syarikat besar negara ini memiliki kepakaran dan peruntukan mencukupi untuk merealisasikannya.

“Saya sedar perlumbaan F1 memang sukar, memerlukan bukan saja komitmen, malah teknologi dan peruntukan besar tetapi mungkin sudah tiba masanya kita melangkah ke depan.

“Tahun ini, kita memiliki tiga pasukan yang ada kaitan dengan Malaysia dan setiap pasukan membelanjakan jutaan ringgit untuk kos perlumbaan dan pembangunan pasukan masing-masing.

“Mengapa kita tidak cuba gabungkan ketiga-tiga pasukan ini untuk membentuk sebuah pasukan tempatan yang mantap dan berkualiti.”

Razlan mengatakan Malaysia tidak ketandusan pemandu berkualiti menerusi pelbagai program pembangunan yang dijalankan PETRONAS dan Lotus hingga mampu melahirkan beberapa pemandu muda berbakat tetapi pelbagai kekangan membataskan pembabitan mereka di peringkat lebih tinggi.

“Mungkin ada politik dalam sukan. Kita sedar, semua pihak mempunyai agenda sendiri tetapi ada masanya kita perlu bersatu dan bekerjasama.”

PROTON+PETRONAS+AIR ASIA/NAZA GROUP= F1 MALAYSIA