40 tenggiling bernilai RM60,000 dirampas



Sumber: KOSMO

KOTA BAHARU – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan merampas 40 ekor tenggiling bernilai kira-kira RM60,000 yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran.

Pengarah Perhilitan negeri Rahmat Topani berkata rampasan itu dilakukan oleh sepasukan anggota jabatannya dengan kerjasama polis, di hadapan balai polis Bukit Yong pada pukul 6.45 pagi ini.

Beliau berkata tenggiling spesis “manis javanica” seberat 200 kilogram itu disimpan dalam sebuah kereta jenis Toyota Camry dan dipercayai cuba diseludup ke Thailand.

"Kami menahan seorang pemandu kereta itu dan penumpang masing-masing berumur dalam lingkungan 40-an berasal dari Johor untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata mereka ditahan mengikut Seksyen 68 (2) Akta Perlindungan Hidupan Liar 2010, Akta 716 dan mengikut akta yang baru dipinda itu, mereka yang disabit kesalahan boleh didenda sehingga 100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Rahmat berkata pihaknya percaya haiwan itu cuba diseludup ke China untuk tujuan perubatan tradisional melalui Thailand. - Bernama

~Ucop Wilca: Hantu Kak Limah @ ABPBH2010

Align CenterUcop Wilca. Sekadar Melayan, Saksikan..

~Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Seberang Perai

Calon-calon berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :

Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 - 1 kekosongan
Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U41 - 1 kekosongan
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 - 1 kekosongan
Juruteknik Komputer Gred FT17 - 1 kekosongan
Pembantu Kesihatan Awam Gred U17 - 18 kekosongan
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 - 15 kekosongan

Semua permohonan hanya boleh dibuat secara online melalui laman web MPSP.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai cara memohon dan syarat lantikan jawatan yang diiklankan, sila lawati laman web MPSP di Laman Perjawatan Online MPSP.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 14 APRIL 2011

~Isu Pembakaran Al-Quran (TERKINI)



Cabaran Allah s.w.t kepada Kaum Musyirikin Mengenai al-Quran:
Surah al-Baqarah, ayat 23 (2:23) - Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang al-Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad), buatlah* satu surah (sahaja) yang seumpama al-Quran itu dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang yang benar.

Surah al-Baqarah, ayat 24 (2:24) - Maka jika kamu tidak dapat membuat(nya) dan pasti kamu tidak akan membuat(nya), peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu yang disediakan untuk orang kafir.

*Ayat ini merupakan cabaran bagi orang yang meragui kebenaran al-Quran. Sesungguhnya al-Quran tidak dapat ditiru walaupun dengan mengerahkan semua ahli sastera dan bahasa kerana ia merupakan kalam Ilahi dan mukjizat Nabi Muhammad s.a.w.

Kenyataan dari Sumber CNN:
Burning the Muslim holy book "was hateful, it was intolerant and it was extremely disrespectful and again, we condemn it in the strongest manner possible," said Gen. David Petraeus, who heads the U.S.-led international forces in Afghanistan.

U.S. Ambassador Karl Eikenberry said in a statement that Americans respect the Quran "and all religious texts and deplore any action that shows disrespect to any religious faith."

NATO Ambassador Mark Sedwill of Great Britain, meanwhile, called the burning of a Quran by a small Florida church "an act of disrespect to the Muslim faith and to all peoples of faith. It does not represent the views of the peoples or governments of the alliance."

Kita dikejutkan dengan tindakan beberapa paderi di U.S yang telah membuat tindakan membakar al-Quran. Tindakan ini telah dikepalai oleh Terry Jones.

Daripada kenyataan CNN di atas, terdapat beberapa pemimpin yang telah menyelar tindakan membakar al-Quran ini. Tindakan seumpama ini melanggar toleransi dan tidak menghormati suatu agama. Ibarat memasukkan minyak ke dalam bara api, yang boleh menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.

Kandahar, Afghanistan: Sekurang-kurangnya 9 terbunuh dan 73 cedera dalam demonstrasi memprotes tindakan membakar al-Quran tersebut.

Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah s.w.t memberi petunjuk buat mereka tentang kebesaranNya dan melindungi kita daripada azab/bala yang amat pedih. Insya-Allah.

~Maharaja Lawak: Minggu 1



Astro memulakan siaran Maharaja Lawak. Saksikan MINGGU 1.

INTRO


Jambu


Man


XN3


Amir


R2


Alex


JOZAN


WAI


Jihan


Sepah


BALAS


Nabil


~Peluang Memenangi Hadiah Berjumlah RM1500

Turut menyertai pertandingan yang menawarkan hadiah berjumlah RM1500.00. Jangan lepaskan peluang bagi mereka yang mempunyai blog atau bagi yang tiada, inilah masa untuk anda membuat blog milik anda sendiri.

Untuk maklumat berkaitan terma dan syarat peraduan, tekan banner di bawah:



Pre-Contest : sehingga 21 April 2011 : 11.45 malam
Contest : 22 April 2011 hingga 22 Mei 2011

~Chong Wei Tidak Perlukan Misbun



2 April: Misbun telah memutuskan untuk kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas meletak jawatan secara mengejut pada 31 Disember 2010.

Chong Wei yang berjaya mempertahankan kejuaraan Seluruh England, bulan lalu menyifatkan dia kini ‘mampu menjaga diri sendiri dan memperbaiki kelemahan.’

“Ia terbukti apabila saya mengekalkan kejuaraan dalam tiga kejohanan setakat ini.

Saya tidak boleh mengharapkan kepada satu jurulatih saja kerana perlu menjalankan tanggungjawab yang berat termasuk, berlatih bersungguh-sungguh,” katanya selepas majlis amal ‘Hope & Smile’ di Dewan Tunku Geodesi Dome, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) bagi mengumpul sekurang-kurangnya RM1 juta untuk disalurkan kepada mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun.

Pemain nombor satu dunia itu yang dibimbing Tey Seu Bock sepanjang ketiadaan Misbun menegaskan dia tidak kisah sama ada dibimbing oleh mentornya itu atau tidak dalam membuat persiapan memburu kemasyhuran memenangi pingat emas Sukan Olimpik 2012.

~EPL: Hodgson v. Kenny Dalglish



Perlawanan pada malam ini antara West Brom & Liverpool di The Hawthorns, Midlands. Pertembungan antara bekas pengurus Liverpool (Roy Hodgson) dan pengurus Liverpool kini Kenny Dalglish.

Pada awal musim, Liverpool berjaya menang 1-0 ke atas West Brom di Anfield.

Pemain: Liverpool mungkin tidak tergesa-gesa untuk menurunkan Steven Gerrard yang baru sembuh dari kecederaan. Tempat SG mungkin akan diisi oleh Jay Spearing yang beraksi baik sewaktu perlawanan sebelum ini. Apapun, yang dinanti-nanti adalah gandingan Andy Carroll & Luis Suarez. Kita nantikan KICK OFF malam ini.

Bagi yang ingin menonton, pilihan anda:

Astro Channel 812 : SAT 02-Apr 21:55 (9.55malam) West Bromwich Albion vs. Liverpool

Bagi yang ingin menonton online: Sila ke sini > http://imranirsyad.blogspot.com/2011/03/tengok-bolaepl-secara-online.html

~Cik Siti Di Dapur: Crepes with Custard & Strawberry Sauce


assalamualaikum buat semua, kepada semua yg nak resepi "crepes with custard and strawberry sauce"..inilah resepinya khas utuk anda


Bahan-bahan A:(crepes)
1 cawan tepung gandum
1 1/4 susu cair/ low fat milk
2 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil garam
2 biji telur

Bahan-bahan B:(sauce)
4-5 biji strawberry didadu
3/4 cawan air
2 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil tepung jagung

Bahan-bahan C:(inti crepes)
3 sudu besar tepung castard
1 sudu besar gula pasir
1 cawan susu cair

Cara penyediaan:
Campurkan kesemua bahan A didalam bekas yang besar, pukul sehingga sebati.
Panaskan non stick pan yang bersaiz sederhana atau kecil dan sapukan sedikit minyak atau mentega.
Masukkan bahan bancuhan td menggunakan senduk yg kecil ke dalam non stick pan dan lenggangkan bahan td bg mendapatkan bentuk yg bulat dan rata.
ulangkan proses yg sama sehingga bancuhan tersebut habis

ni caranya membuat crepes

cara membuat sos didihkan 3/4 air dan gula.
setelah gula larut masukkan strawberry yang didadu dan esen vanilla
setelah mendidih masukkan tepung jagung untuk memekatkan sauce

cara membuat inti, masakkan susu cair custard yang telah dibancuh dan gula sehingga pekat

Cara menghias:
ambil crepe yg siap dimasak, sapukan custard diseluruh permukaan crepe dan lipatkan menjadi segi tiga
susunkan di atas pinggan dan curahkan strawberry sauce.
hiaskan dengan strawberry segar dan daun pudina

SeLaMat MeNcuBa

Rujukan: Facebook Cik Siti

~Perniagaan Petrol Di Malaysia: Naik & Turun

Saya menjalankan sedikit ulangkaji berkaitan kenaikan dan penurunan petrol di Malaysia. Pada pandangan saya, tahun 2008 merupakan tahun harga petrol berada pada paras yang tinggi. Ini mengambil kira pengaruh pencerobohan di Iraq dan sebagainya.

Di bawah ini, statistik naik turun harga:
Di samping itu, saya juga menjalankan ulangkaji terhadap prestasi Petronas. Angka keuntungan sebelum cukai tidaklah mendukacitakan. Dari 2002 hingga 2007 keuntungan Petronas meningkat namun tahun 2008 ke 2010 penurunan dicatatkan.

Tahun 2008: The RM67.6 billion total payment to governments for the year represents 63.1% of the PETRONAS Group profits for the same period.
Tahun 2009: Despite the lower profit, PETRONAS continued to make higher payments to governments. During the financial year, PETRONAS Group paid RM74.0 billion to governments, bringing the Group’s total payments to governments to RM471.3 billion since its incorporation in 1974. Of the RM74.0 billion payment for the year, RM67.8 billion was paid to the Federal Government comprising RM30.0 billion of dividend, RM20.3 billion of petroleum income tax, RM9.1 billion of corporate income tax, RM2.2 billion of export duties and RM6.2 billion of petroleum proceeds to the Federal government. Another RM6.2 billion was paid as petroleum proceeds to the state governments of Terengganu (RM3.0 billion), Sarawak (RM2.3 billion) and Sabah (RM0.9 billion).
Tahun 2010: Sebanyak RM57.6 billion diserahkan kepada kerajaan Pusat & Negeri.

1 April 2011 - KUALA LUMPUR: Harga petrol RON97 akan naik 20 sen kepada RM2.70 seliter berkuatkuasa tengah malam ini. Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Zulkifli Mokti, berkata kenaikan harga itu bagaimanapun tidak membabitkan petrol RON 95 dan bahan api lain. Zulkifli berkata, peningkatan sebanyak 20 sen itu berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia kepada AS$114 setong minggu ini berbanding AS$105 minggu lalu.
"Kenaikan harga minyak mentah itu berikutan krisis di Asia Barat," katanya ketika dihubungi di sini.
Zulkifli juga berkata, harga minyak mentah dijangka terus meningkat berikutan situasi di Asia Barat itu yang mungkin berterusan. Pada 31 Januari lalu, harga RON 97 yang diapungkan mengikut harga pasaran semasa meningkat 10 sen kepada RM2.50 seliter. - BERNAMA