Kad Kahwin Facebook Sampai ke Rumah



Petang ini pulang ke rumah, ternampak surat yang ditujukan kepada saya. Melihat pada bentuk semestinya kad kahwin dari rakan-rakan yang dikenali. Sekali dibuka, terkejut seketika, mula-mula ingat SPAM dari Facebook, rupa-rupanya design berasaskan design page Facebook.

Sampaikan ke kad kahwin pun sudah mendapat kesan dari Facebook. Kalau dulu kad kahwin penuh dengan kerawang, bunga-bunga dan bermacam lagi. Seperti di bawah:



Apa pun, terima kasih kepada rakan saya kerana telah mengutuskan kad kahwin ke rumah. Kepada Adibah Abu Bakar & Syazwan Saidin yang akan melangsungkan perkahwinan pada 1 Mei & 4 Jun 2011, saya ucapkan tahniah dan moga bahagia dunia akhirat.

Jika anda ingin buat kad kahwin, design apa yang akan anda pilih? ala Twitter pula? ala Nuffnang?

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang diberikan..:)